Redup masih berterusan
Mencari ertinya cinta
Yang lahir dari jiwa
Dan pudar di bibir dusta
Dan aku masih terlena
Dalam mimpi tak berwarna
Mengharapkan cahaya
Tapi fajar tak menjelma
Dahaganya hasrat
Menantika kudrat
Kering layu dalam kalbu
Bernoda harapan
Tercemar impian
Dalam kasih tanpa rindu
Tersesatlah aku
Di jalan yang berliku dan berdebu
Kerana mencari kasihku yang satu
Di manakah cahayamu
Di manakah harapanku
Kasih, bawalah daku bersamamu
Ke pangkal impianku yang dahulu
Kekasihku kau yang satu
Cahayamu aku rindu